Saturday, 22 October 2011
Logo Perayaan Kemerdekaan Malaysia 1977
Tema : Bersatu Maju
Logo ini bertema "20 TAHUN BERSATU MAJU". Ia mempunyai lima bahagian yang naik meruncing menuju ke atas sebagai tanda kemajuan dan semua bahagian ini semakin rapat untuk membayangkan hasrat rakyat untuk bersatu. Lima bahagian atau tiang yang ada melambangkan lima prinsip Rukunnegara dengan yang di tengah-tengah sekali (yang paling tinggi) menandakan prinsip pertama, yakni kepercayaan kepada Tuhan.
Tiang-tiang lain yang rupa dan bentuk asalnya diambil daripada bentuk hadapan perahu melambangkan empat prinsip rukunegara yang lain, sementara bentuk hadapan perahu dipilih sebagai menandakan teras kebudayaan Nasional yang berasaskan kepada apa yang benar-benar timbul dari bumi negara ini. Bulatan yang mengandungi nombor 20 atau rupa bentuk unsur-unsur kebudayaan itu menandakan 20 tahum selepas merdeka.
Empat tiang diperbuat daripada timah bagi menandakan kemajuan perdagangan dan perindustrian negara ini, sementara tiang yang paling tinggi diperbuat daripada kayu belian (satu-satunya kayu yangpaling keras) bagi menandakan keteguhan bumi Malaysia.
Di kelilingnya pula terdapat sebuah kolam dengan airnya berwarna biru laut bagi menandakan kekayaan hasil laut dan kemajuan para nelayan yang dialami sejak merdeka. Sementara jejambat kecil yang menyerupai petak-petak melintasi kolam membayangkan betapa teguh dan sistematiknya ekonomi pertanian negara ini.
Jadi jelaslah bahawa logo tersebut merangkumi kemajuan segenap sektor kehidupan iaitu lahiriah (Pertanian dan Perindustrian) dan batiniah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Total Pageviews
417
Blog archives
About me
- ZaiZol
- Blog ini dibangunkan adalah atas tujuan untuk berkongsi pengetahuan dan ilmu hazanah bangsa yang berkaitan dengan Petua2 Lama, Rumah Tradisionol, Makanan dan Minuman serta Senjata Tradisional. Dengan kemodenan hidup hari ini banyak hazanah bangsa yang telah dilupakan dan mungkin ada yang telah pupus telan zaman. Apa yang saya harapkan Blog ini boleh menjadi pemangkin terhadap kesinambungan hazanah bangsa. Bagi sesiapa yang berminat untuk berkongsi boleh E-mail kepada saya awangtuah_biz@yahoo.com.my
Followers
Powered by Blogger.
No comments:
Post a Comment